Tuesday, March 22, 2011

Tak puas hati..

Pernah x korang rase x puas hati dengan sesuatu yg korg usahakan tp x meberi ap2 makna?

pernah x korg rse usaha yang korg lakukan tu x dihargai...?

inilah ap yg ak rse skrg..ak buat assingment bgai nk rak tp disebabkan rmai x buat betoi2, assingment ak tu x dikira..ak sedey dan kecewa sebab ak dh berikan yg terbaik kat assingment tu tp at the end....x de makne...
ak akn anggap ni sbg ujian dpd-Nya buat ak..ak yakin, ak ad blsan yg baik jugak buat ak..ak jugak yakin...suatu hari nanti, Dr ak terbaca jugak assignment ak tu...
Ya Allah..kau tenangkanlah ati ak ni...Engkau buangkan lah segala perasaan buruk dan x puas ati ni..

Tuesday, November 16, 2010

Doa seorang hamba

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

AMALKAN

1. Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ASTAGFIRULLAH jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap INSYA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASULULLAH sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat.

Pecah Beling...

Mentang2 la ari nih x tau nk buat aper...byk pulak la idea nk cite..hihihi...
sy sedang melakukan research mengenai satu pokok nih..namenyer Pecah beling...mesti korang x pernah dgr..mula2 sy dgr nme pokok nih punyer la sy terkejut beruk..hahahah

supervisor sy cadangkan sy buat pasal pokok nih sbg projek tahun akhir sy..
" Fira...sy nk awk buat pasal pokok ni..nmenyer..Strobilanthes crispus"

sy punyerla x nk.." hah,Apa Dr???..nme melayunyer ap Dr?"..

"nme lain Pecah Beling", Dr berkata..(maklumla Dr sy nih mmg x byk ckp..straight to the point terus..)

Hahahahaha..nk pecah perut di buat nyer tp ak tahan jer la..utk menjaga kesopananku di depan Dr Asnu..hihihihhi

last2 ak buat jugak la pasal pokok pecah nih..sampai kwn ak duk kte ak nih "fira beling" la.."budak pecah" la..lantak korg ar yg penting ak bahagia...hahahaha(ketawa x ikhlas, ketawa smbil nangis..sob3)

setelah berbulan2 asyik tenung daun pokok nih(sampai naik boring den)..brula ak tau pokok ni sgt2 la baguih..

Korg tau x pokok nih sgt2 berpotensi utk mengubati penyakit barah/kanser..sebelum nih mcm2 pokok len yg kte dgr bleh ubati kanser, salah satu nyer pokok Kanser/Jarum/Bintang tujuh..

Prof sy kte pokok ni (pokok Kanser/Jarum/Bintang tujuh)mmg dh terbukti kebolehannyer mengubati penyakit no 1 dunia nih..tp bukan pasal pokok nih sy nk cite..

Berbalik pada pokok pecah beling..korang tau x pokok nih sebenarnyer dh dikomersialkan kat Indonesia sebagai minuman teh herba..ia bukan saja boleh rawat kanser,, tp jugak diabetes,batu karang..darah tinggi..dan yang paling menariknyer..elok utk orang yg nk kuruskan badan..gerentila spe2 yg nk buang kolestrol..tumbuhan ni sesuai utk org yg nk berdiet...keh3..

daun nih telah dikaji..dan didapati mengandungi jumlah mineral yg tinggi dan mampu bertindak sebagai antioksidan..

memandangkan sy ad saudara yg mengalami penyakit kanser, ni yg membuatkan sy nekad utk menyiapkan research pasal pokok nih smpai berjaya..

korg tau x..lps sy tau psl pokok nih dn dpt tau kat kampung halamnku byk la pulak pokok nih..sy tanpa membuang mse pi la bgtau ibuku tercinta..tp malangnyer mak ngan abg ak x percaya sama gua..(huh..geram2!!..tau x..)..tp x pe..saya akan BUKTIKAN sama lu klcc!!!..ak cabar ko KLCC..oppss..heh3

Sy harap spe2 yg terbaca artikel nih..doakan kejayaan saya supaya sy berjaya membuktikan keberkesanan pokok nih dan final year project sy dpt disiapkan..Insyaallah..
HahAhaHaha....perasaan ari ni gembira gler ar..mne x nyer first time ad blog...kah3
gembira nyer mcm dh jd org celik it gtu...hahahaha(sampai ketawa nk guling2 atas katil..hihihihih)
ni sume atas jasa roomate ak..dye yg ajar ak sume nih..hihihi..TERIMA KASIH Kak TEHA...kak Teha patut bangga sbb kmi letak nme akak kat dlm nih..
nanti lepas bace jgn kte kmi "menggong" pulak...hihihih
ni sy punyer post yg pertama...
I LOVE U kak Teha..muah2X

PESANAN NABI SEBELUM TIDUR...1 MINIT SAHAJA..

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )